
Armada Baiduri Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 2 Ogos 2001 dengan ekuiti pegangan 100% Bumiputera. Objektif utama penubuhan syarikat ialah untuk menceburi sektor pembinaan, perkhidmatan penyelengÂgaraan, kerja pengubahsuaian (renovation) dan kerja hiasan dalaman (Interior Design) secara aktif serta berketrampilan seiring dengan perkembangan dan kemajuan negara.
Walaupun menyedari bahawa kepesatan pembangunan telah mewujudkan pelbagai cabaran, kami yakin dengan keupayaan pihak pengurusan dan kepakaran teknikal yang telah terbukti selama lebih sedekad yang lalu, akan memberi peluang untuk kami berada seiring dengan para penggiat industri pembinaan yang lain.
Sebagai sebuah syarikat yang terdiri daripada berbagai latar belakang, pengalaman don profesional, kami akan sentiasa memastikan bahawa hasil don kualiti setiap projek kami mencapai jangkaan yang telah ditetapkan di dalam industri-industri yang kami ceburi.
Berbekalkan keupayaan don semangat yang sedia ada, kami yakin Armada Baiduri Sdn. Bhd. akan muncul sebagai syarikat kontraktor don perkhidmatan bumiputera yang unggul seiring dengan pembangunan dan kemodenan pesat negara kita.
Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan mampu berdikari
Melahirkan modal insan yang berwawasan, kreatif don inovatif dalam menempuh era globalisasi
Menjadi pelopor dan pemangkin dalam industri lama dan baru yang diceburi
Untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang cemerlang dalam memberi perkhidmatan secara professional, efisyen, kompetitif dan kreatif dalam menjadikan ruang-ruang kosong kepada peluang-peluang penjana pendapatan untuk generasi di hadapan




